fbpx

SHAH ALAM, 2 OGOS: Jobs for Caring Moms Malaysia akan menganjurkan Bazaar Ibu Prihatin (Caring Moms Bazaar) dengan menyediakan lapangan membantu wanita mengurus cara hidup dan menjana pendapatan.

Pengasasnya, Mejar Shera Ann Bosco, berkata bazaar khas itu dibuka kepada semua wanita tidak kira wanita bekerjaya, ibu tunggal mahupun suri rumah.

“Bazaar ini juga memberi peluang peserta membincangkan pelbagai konflik yang sering dihadapi sebagai wanita.

“Menerusi bazaar ini juga, ahli ‘Jobs for Caring Moms Malaysia’ yang sebelum ini hanya berinterasi di media sosial berkesempatan untuk bertemu dan berkongsi pengalaman kejayaan masing-masing disamping menjual produk dan perkhidmatan secara nyata,” katanya dalam kenyataan.

Bertempat di Evolve Concept Mall, Ara Damansara, Petaling Jaya, Bazaar Ibu Prihatin dijadualkan berlangsung pada 20 dan 21 Ogos ini.

Caring Moms Bazaar
  • m.me/caringmoms.my
  • Twitter
  • Google+
Sejak ditubuhkan tiga bulan lalu di laman Facebook, ‘Jobs for Caring Moms Malaysia’ berjaya menarik lebih 30,000 penyertaan daripada wanita pelbagai latar belakang dan kerjaya.

Penubuhannya tidak hanya terbatas kepada usaha membantu wanita menjana pendatapan dan mengubah cara hidup, bahkan memberi khidmat motivasi, tips penjagaan diri dan khidmat penjagaan bayi.

“Didalam kumpulan ini, mereka diberi semangat dan motivasi untuk melakukan sesuatu perubahan jika mereka ingin berjaya.

“Usaha ini akan berterusan dengan lebih banyak aktiviti kerana matlamat kami adalah untuk memastikan wanita di seluruh Malaysia terus maju kehadapan menjadi lebih baik hari ini daripada semalam,” katanya.

Credit: Selangor Kini

Join JOBS FOR CARING MOMS MALAYSIA Dismiss

Howdy,
Buy Premium Version to add more powerful tools to this place. https://wpclever.net/downloads/wp-admin-smart-search
Share This