fbpx

Tuntutan masa antara keluarga dan kerjaya yang tidak fleksibel membuatkan ramai wanita bekerjaya terpaksa melepaskan pekerjaan dengan pendapatan lumayan.

Pengorbanan itu dilihat amat besar terutama dalam situasi kos sara hidup yang semakin meningkat demi membesarkan anak.

Pengasas Caring Moms, Shera Ann Bosco, berkata situasi boleh mewujudkan jurang yang besar lebih-lebih lagi jika hanya bergantung kepada hanya satu pendapatan saja.

Katanya, tidak mahu wanita berasa tertekan dengan keadaan semasa, beliau mewujudkan kelab Caring Moms di laman sosial demi membantu mereka menjana pendapatan secara tidak langsung.

“Maklum balas diterima amat memberangsangkan dan ramai wanita menyertai kelab yang ditubuhkan ini. Objektifnya adalah untuk membantu wanita terutama suri rumah menambah pendapatan, berinteraksi dan memberi motivasi antara satu sama lain.

“Secara tidak langsung kami juga ingin memperkasakan golongan wanita yang menjadi suri rumah ini supaya mereka juga dapat menyumbang sesuatu kepada masyarakat,” katanya ketika ditemui BH, kelmarin.

Pada bazar berkenaan, lebih daripada 100 gerai menjual pelbagai jenis produk oleh wanita di dalam Caring Moms. Pelbagai acara diadakan seperti pertunjukan fesyen, kids zone dan pertandingan mewarna.

Hadapi cabaran

Shera berkata, selain itu sebagai suri rumah mereka juga dapat membantu wanita berkerjaya dalam memenuhi keperluan harian mereka.

“Contohnya wanita yang bekerja boleh mendapatkan perkhidmatan pesanan makanan dan sebagainya daripada suri rumah ini. Jadi secara tidak langsung, kedua-dua masalah dapat diselesaikan,” katanya.

Suri rumah, Allisya Chai Abdullah, 37, berkata keputusan berhenti kerja adalah yang terbaik baginya selepas 15 tahun berada dalam bidang pembinaan demi menumpukan perhatian kepada anak yang masih kecil.

Katanya, masa adalah antara cabaran paling sukar ditangani memandangkan tugasnya memerlukan beliau bekerja lebih masa di luar berbanding pulang tepat pada masanya.

“Kasihan melihat anak masih kecil, jadi saya tekad berhenti kerja dan melakukan kerja sampingan.

“Alhamdulillah selepas dua tahun berhenti kerja, saya dapat bahagikan masa dengan anak dan kerja baharu.

“Dalam Caring Moms, semua bekerjasama membantu dalam menambah pendapatan masing-masing

Credits: Berita Harian

Join JOBS FOR CARING MOMS MALAYSIA Dismiss

Howdy,
Buy Premium Version to add more powerful tools to this place. https://wpclever.net/downloads/wp-admin-smart-search
Share This